Wajib Guna Sijil Halal JAKIM bagi Premis Makanan

Wajib Guna Logo Halal JAKIM

Mulai 1 Januari depan, hanya logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh digunakan dan diiktiraf.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuatkuasa 1 November.

“Bermakna premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal bukan dikeluarkan Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana selepas tarikh 1 Januari, logo halal sedia ada adalah terbatal.

“Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata selepas tarikh itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Ismail Sabri berkata bagi pihak industri pula, tempoh setahun diberikan untuk menukar semua produk keluaran mereka dengan logo halal Jakim.

Bagi barangan yang diimport pula, pihak yang memasarkan barangan itu boleh mendapatkan perakuan atau sijil halal melalui 53 badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

“Semua pihak terbabit dinasihat membuat permohonan awal menerusi Majlis Agama Islam negeri masing-masing kerana Jakim sudah memberi kuasa kepada semua majlis agama Islam negeri bagi melicinkan proses permohonan,” katanya.

Dianggarkan 1,500 termasuk premis perniagaan seperti restoran, gerai, hotel dan pihak industri seperti kilang tidak menggunakan logo halal dari JAKIM.


Sumber: BERNAMA

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on October 16, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: