MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN HALAL (APD 2011)

 

Jumaat, 06 Januari 2012

Pengusaha produk dan premis makanan serta perkhidmatan dinasihatkan mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri-negeri (MAIN) sahaja bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk mereka sejajar dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah diluluskan Parlimen. Melalui akta tersebut, hanya sijil dan logo halal daripada Jakim serta MAIN diterima pakai manakala logo halal keluaran pihak lain adalah tidak sah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom berkata, pihak industri diberi tempoh peralihan selama setahun sehingga 31 Disember 2012 untuk beralih kepada logo halal yang dikeluarkan Jakim dan MAIN. “Pengeluaran logo halal daripada Jakim dan MAIN amat signifikan kerana ia bukan bermatlamat keuntungan seperti pihak swasta sebelum ini. “Akta yang baru ini memberi kerajaan kekuatan dari segi penguatkuasaan dan seramai 62 orang pegawai Jakim telah dilatih untuk menguatkuasakan dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Halal APD 2011 di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 5 Januari 2012. Menurut Dato’ Seri Jamil, Jakim bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Kimia Malaysia yang memiliki kelengkapan makmal canggih untuk mengesahkan produk halal dan pada waktu yang sama jumlah penguat kuasa akan ditambah dari semasa ke semasa bagi mempergiatkan penguatkuasaan. Jelasnya, beliau yakin kempen tersebut akan mendapat sambutan daripada syarikat-syarikat swasta kerana sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,679 permohonan logo halal diterima oleh Jakim. Katanya lagi, urusan peralihan kepada logo halal Jakim itu bukan bebanan kepada pihak industri kerana pihak Jakim dan MAIN akan membantu memudah cara proses tersebut.

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on January 14, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: