PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 112011 PENGUATKUASAAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 2011 DAN PERINTAH. PERINTAH PERIHAL DAGANGAN BERKAITAN HALAL

TUJUAN
1′ Pekeliling ini bertujuan memaklumkan mengenai pindaan Akta perihal
Dagangan 1972 dan Perintah-Perintah berkaitan perbahasaan dan penandaan halal
serta perlaksanaan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta
Perihal Dagangan 2011 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012
2. Objektif utama pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua pihak yang
berkepentingan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2012, sijil dan logo halal yang
dikeluarkan/dipohon sama ada seca ra self declaration atau yang dikeluarkan oleh
mana-mana syarikat swasta tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalah
merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah ApD 2011 yang baru ini.LATARBELAKANG
3. Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh
dipohon sama ada dari Jakim, Jabatan Agama lslam Negeri-Negeri atau syarikatsyarikat swasta. Terdapat beberapa bentuk dan jenis logo halal yang dikeluarkan yang
merujuk kepada identiti pihak yang mengeluarkan sijil dan logo halal tersebut.
Disebabkan tiada satu undang-undang khusus yang boleh memantau pengeluaran sijil
dan logo halal yang pelbagai, maka timbul kekeliruan di kalangan pengguna khususnya
yang berhubungan dengan kebolehpercayaan dan kredibiliti pihak-pihak yang
mengeluarkan sijil dan logo halal yang bermaflamatkan keuntungan.
4. Justeru, pihak Kerajaan telah berusaha mencari kaedah terbaik bagi memantau
dengan lebih berkesan pengeluaran sijil dan logo halal bagi mengelakkan ia
dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Usaha ini telah dijalankan melalui rundingan
antara Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) dengan Pihak Berkuasa Agama lslam Negeri-Negeri. Hasil daripada
rundingan tersebut, Kerajaan telah bersetuju bahawa hanya satu logo halal sahaja yang
diiktiraf untuk dipakai di seluruh Negara iaitu logo halal Malaysia. Pihak-pihak selain
Jakim dan Pihak Berkuasa Agama lslam Negeri-Negeri pula tidak boleh lagi
mengeluarkan sijil dan logo halal bagi pasaran domestik.
5. Selanjutnya, Akta Perihal Dagangan 2011(APD 20111 telah diluluskan oleh
Parlimen pada 11 Julai 2011. Di bawah Seksyen 28 dan 29 Akta ini, terdapat dua
Perintah Perihal Dagangan yang berkaitan dengan penguatkuasaan halal iaitu:
(i)
(i i)
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011
6. Bermula pada 1 Januari 20’12 iaitu tarikh kuat kuasa bagi APD 2011, Perintah
Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan
dan Penandaan Halal) 2011, kedua-dua perintah Perintah Perihal Dagangan(Perbahasaan Halal 1975) dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Halal 1975)
adalah dimansuhkan. Kesemua pihak yang berkepentingan hendaklah mematuhi
kehendak kedua-dua Perintah yang baru ini.
KANDUNGAN APD 201 1
7. Seksyen 28 APD 2011
o Seksyen 28 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai kuasa
Menteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki
maklumat diberikan, dan lain-lain. Menteri diberi kuasa untuk memberikan erti
, apa-apa ungkapan yang digunakan bagi makanan, barang-barang atau
perkhidmatan sebagai mempunyai erti yang tertentu. Melalui perintah, Menteri
boleh menetapkan erti berkenaan sama ada kepada ungkapan apabila
digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan atau apabila
digunakan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu.

Seksyen 28 turut memperuntukkan bahawa Menteri boleh menetapkan
kesalahan bagi mana-mana orang yang memperdayakan atau mengelirukan
orang awam bahawa barangan yang ditawarkan menepati takrifan yang dibuat
oleh Menteri di bawah seksyen ini.
o Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana premis
yang menawarkan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang tidak
halal yang didapati membenarkan pekerjanya memakai kopiah, songkok atau
tudung seperti yang lazim dipakai oleh orang lslam. lni kerana amalan tersebut
boleh mengelirukan atau memperdayakan orang lslam terhadap status halal
barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis tersebut.
o la bertujuan, antara lain, untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana
orang yang memperdayakan orang ramai bahawa makanan yang ditawarkan
adalah halal dengan menggunakan barangan mengenai lslam atau ayat-ayat
suci Al-Quran.-
8. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 2g ApD 2011:
(a) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda
tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau
(b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu juta ringgit
atau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan berikutnya denda tidak
melebihi lima juta ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya.
9. , Seksyen 29 APD 2011
(a) Seksyen 29 menetapkan bahawa Menteri boleh dengan perintah, mengenakan
kehendak bagi mendapatkan barang-barang itu diluluskan, dicapkan atau
disertai dengan apa-apa maklumat dan mengawal selia atau melarang
pembekalan barang-barang yang berkaitan dengan kehendak itu yang meliputi
bentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu akan diberikan.
(b) Berdasarkan seksyen ini. YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa
berwibawa untuk membuat perakuan dan pengecapan ke atas sesuatu barangan
termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal.
(c) Bagi penandaan
logo dan pensijilan halal, YB Menteri menamakan Jakim dan
Majlis Agama lslam Negeri sebagai agensi pensijilan halal di Malaysia yang
diiktiraf sebagai pihak berkuasa benvibawa di bawah ApD 2011.
(d) Melalui seksyen ini, hanya Jakim dan MAIN sahaja yang boleh mengeluarkan sijil
dan logo halal di Malaysia, sekiranya terdapat pihak lain yang mengeluarkan sijil
dan logo halal, perkara tersebut merupakan suatu kesalahan dan boleh
dikenakan tindakan di bawah ApD 2011.10. Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 29 ApD 2011
(a) Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, bagi
kesalahan kedua, didenda tidak merebihi rima ratus ribu ringgit
(b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit
atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan
kedua, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya
TAKRIF HALAL
Takrif halal diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal)
2011 yang mentakrifkan sesuatu makanan atau barangan yang diperihalkan
sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk
menunjukkan makanan atau barangan tersebut boleh dimakan atau digunakan
oleh orang lslam.
Perintah ini juga meliputi apa-apa perkhidmatan yang berhubung dengan
makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan
dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh
digunakan oleh orang lslam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang
berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut
Hukum Syarak.
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan
apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan
makanan,barang-barang atau perkhidmatan itu yang diperihalkan sebagai halal
atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan dengan
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 adalah melakukan suatu
kesalahan.
11.
12.
13.14.
PIHAK BERKUASA BERWIBAWA
Pihak berkuasa benvibawa diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan
(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi tujuan memperaku dan
mengeluarkan logo halal di Malaysia, pihak berkuasa berwibawa yang
dinamakan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan adalah Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (Jakim) dan Majlis
Agama lslam Negeri-Negeri (MAIN)
Berdasarkan Perintah ini juga, mana-mana orang yang bertindak
memperakukan bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau
perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu
adalah halal selain dari pihak berkuasa berwibawa; atau membekalkan atau
menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau
perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu,
adalah melakukan satu kesalahan.
PENANDAAN/PERAKUAN HALAL
16. Perakuan perihal halal
Semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau
diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang
itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang lslam melainkan jikal
diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa benvibawa; dan
ditandakan dengan logo Halal Malaysia
15.
(a)
(b)17.
Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tidak boleh
diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk
menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang lslam melainkan jika
ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa beruuibawa.
Perakuan perihal halal bagi makanan dan barang-barang import
Bagi produk import yang dipasarkan di Malaysia yang akan ditanda sebagai
halal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai halal hendaklah
diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim di
negara berkenaan.
Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang yang
diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf
oleh JAKIM hendaklah menandakan pada makanan dan barang-barang itu,
nama badan pensijilan tersebut.
Permohonan Pensijilan Halal
Mulai
‘1 Januari 2012 semua permohonan sijil halal untuk produk dalam negara
hendaklah melalui Jabatan Kemajuan lslam Malaysia atau Jabatan Agama
lslam Negeri-Negeri (JAIN).
Penggunaan Logo
Semua makanan atau barangan yang telah mendapat pensijilan halal dari
Jakim atau MAIN hendaklah menggunakan logo halal Malaysia seperti di
bawah:
18.
19.t”-,t
I
U1ls”
Logo Halal Malaysia
Ciri-ciri logo :
(a) Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
(b) Perkataan Arab

” cJ)- ” di tengah bintang;
(c) Diikuti tulisan rumi “HALAL”
(d) Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan
r Rumi dan ” UJl- ” dalam perkataan Arab;
(e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan
rumi dan perkataan Arab tersebut.
20. Pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan logo halal Malaysia, atau meniru
bentuk logo halal tersebut dan menandakan makanan, barang-barang atau
perkhidmatan mereka dengan logo halal Malaysia yang palsu adalah dianggap
melakukan kesalahan memperdayakan dan mengelirukan pengguna dan boleh
diambil tindakan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang
berkuat kuasa.
KESALAHAN DAN PENALTI
21. Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan
(Takrif Halal) 2011:
Kesalahan bagi memperdayakan atau mengelirukan
(1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk
membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau
perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang22.
bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang lslam adalah
melakukan suatu kesalahan.
(2) Bagi maksud subperenggan (1), “representasi atau perbuatan”
termasuklah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran atau apa-apa perkara atau
objek yang berhubung dengan agama lslam sama ada di premis di mana
makanan itu dijual atau di bekas di mana makanan itu dibekalkan.
(3) Jika mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah
subperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan yang
dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendak
perenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini boleh,
apabila disabitkan-
(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya,
didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau
(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang
berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan yang diperuntukkan di bawah perintah perihal Dagangan
(Perakuan dan Penandaan Makanan) 2011
Mana-mana orang yang!memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau
perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu
adalah halal; atau
(b) membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan,
barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau
barang-barang itu,
bertentangan dengan Perintah
apabila disabitkann
melakukan suatu kesalahan dan boleh,
(c) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesarahan yang kedua atau yang berikutnya,
didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
(d) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang
berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
TEMPOH PERALIHAN
23. Produk
Bagi produk yang berada di pasaran yang menggunakan logo halal yang tidak
diiktiraf, pihak industri diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012 untuk
menghentikan penggunaan logo tersebut. Pada masa yang sama pihak industri
perlu mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MAIN.
(a)
1024. Premis
Bagi premis yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf, logo tersebut
perlu dilupuskan serta merta. Pada masa yang sama pihak industri perlu
mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MArN.
TARIKH KUAT KUASA
25. Pekeliling ini berkuat kuasa murai daripada 1 Januari 2012
PERTANYAAN
26. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada:
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
ARAS 9, BLOK D7
KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62519 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-83150200
Faks : 03-83187044
PEMAKAIAN
27. Pekeliling ini terpakai kepada semua pihak yang akan menggunakan
penandaan halal terhadap makanan, barang-barang atau perkhidmatan atau
apa-apa penandaan lain yang menunjukkan bahawa makanan, barang-barang
atau perkhidmatan
itu adalah halal.

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on January 14, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: