Apa Itu Gliserin/Glycerine?

Gliserin adalah satu bahan kimia yang paling bernilai diketahui manusia.

Gliserin mempunyai 1500 kegunaan, dengan fungsi sebagai bahan ramuan dan bahan bantuan proses didalam kosmetik, ‘toiletries’, barangan kegunaan peribadi, ubat-ubatan dan produk makanan.

Mempunyai sifat seperti jernih, tidak berbau, pekatan cecair yang mempunyai rasa manis.

Gliserin boleh diperolehi daripada sumber semulajadi (lelemak tumbuhan dan haiwan) dan petrokimia.

Diperolehi daripada lemak dan minyak semasa penghasilan asid lemak ,sabun dan lelemak alkohol.

walaubagaimanapun ia boleh dihasilkan secara sintetik daripada petrokimia.

Jika ia dihasilkan melalui lelemak daripada haiwan kita hendaklah mengetahui haiwan apa yang digunakan?

Oleh itu ia tergolong sebagai bahan ramuan yang shubhah.

Ciri-ciri kimia yang unik, gliserin digunakan dalam produk sebagai ‘humectent” kerana gliserin adalah “Hydrophilic” (suka air), dan digunakan untuk mengekalkan produk seperti buahan kering daripada menjadi terlalu kering.

Berfungsi mengekalkan inti produk (rapuh dan ranggup) daripada cair seterusnya akan menjadikan produk lemau.

Sebagai emollient (agen pelembab) krim pelembab tangan.

Antara produk yang menggunakan Gliserin sebagai bahan ramuan seperti :

* Ubat gigi

* Krim muka

* ‘Mouthwash’

* Krim pencukur

* Ubat batuk

* Produk dandanan rambut

* Sabun

Sebagai orang Malaysia kita harus bersyukur kerana mempunyai banyak bahan mentah yang boleh diperolehi daripada hasilan kelapa sawit antaranya Gliserin. Jadi untuk produk yang dihasilkan di Malaysia kebanyakanya menggunakan Gliserin daripada kelapa sawit terutamanya untuk produk makanan dan kosmetik.

Penulis : En Fakarudin Masod, Pen Pengararah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on February 7, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: