TAHUKAH ANDA KULIT ATAU BULU BABI YANG DIGUNAKAN????

by I love Halal on Wednesday, March 14, 2012 at 12:48pm

ImageImage
Dimasa kini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.
 ·
Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Walaupun logo halal Malaysia telah diperkenalkan tapi tidak semua produk ada logo halal terutama pada Produk kulit dan produk berasaskan berus seperti berus cat dan berus warna. Semua produk ini tiada logo halal dan tidak bermakna ianya boleh digunakan oleh orang Islam. Sebenarnya banyak produk teutamanya berus cat menggunakan bulu babi digunakan di pasaran,cuma kita tidak perasan.

Jadi apakah tindakan kita sebagai orang Islam, boleh kita menggunakan alasan ” Tak Mengapa Kita tak Tahu Tak Jatuh Hukum.” Sampai bilakah kita hendak berfikiran begitu?
Oleh sebab itulah mari kita sama-sama mengambil inisiatif untuk mengetahui kaedah mengenal produk dari kulit dan bulu Babi.

3 Titik

Kita sering mendengar orang kata apabila produk kulit ada tanda 3 titik,itu bermakna kulit Babi, Sebenarnya pendapat ini kurang tepat sebab masih ada produk lain yang ada 3 titik tapi bukan kulit Babi. Barangan kulit yang dibuat dari POLYURETHANE pun ada 3 lubang juga.Jadi bagai mana kita nak bezakan? Perhatikan 2 gambar di bawah ini satu produk POLYURETHANE dan satu lagi KULIT BABI.
KULIT BABI ada 3 titik dan kedudukannya agak berterabur manakala POLYURETHANE kelihatan cantik tersusun. Sebenarnya tujuan lubang itu di buat adalah untuk memberikan keselesaan pada pengguna sebab itulah kasut serta beg tangan berasaskan POLYURETHANE ada lubang-lubang, pada kulit Babi pula saya rasa mungkin lubang semulajadi.

beza antara 3 titik dari kulit babi atau POLYURETHANE

Gambar 3 titik kulit babi melalui mikroskop..

Bulu Babi

Produk berasaskan bulu Babi pula boleh dikenal pasti secara Visual, Kedudukan susunan berus itu bersilang antara satu sama lain dan bercabang pada hujungnya. Kalau susah sangat nak kenal pasti, bakar sedikit hujung berus, kalau bau rambut terbakar maknanya bulu binatanglah .Lazimnya berus yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai PURE BRISTLE. Disini saya berikan contoh berus yang mungkin anda pernah lihat :

Types Of Hair & Bristle No 10 = Bulu Babi ( Hujungnya Bercabang )

PERHATIKAN berus colour yang digunakan anak2 anda dirumah ??

Bagaimana berus ini? Digunakan oleh kaum ibu untuk kek atau bakeri?

Bagi kaum Bapa pula… berus ini untuk memberus kasut atau songkok????

BRISTLE (Berus daripada bulu babi)
Bulu babi atau babi hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu babi ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Berus bulu kambing atau biri-biri
Berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu babi. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

MAHA SUCI ALLAH yang menjadikan bulu babi berbeza daripada bulu binatang lain.

Kaedah Pengesahan

Antara kaedah yang selalu diguna pakai untuk mengesan kulit atau bulu babi adalah :

1. Ujian Bakar – Apabila dibakar,bau yang terhasil seperti ranbut terbakar

2. Ujian Kelarutan – Menggunakan pelarut khas iaitu 5% Sodium Hidroksida,kalau larut maknanya
ada unsur haiwan dalam sampel.

3.Rupa bentuk Fizikal – Mempunyai 3 lubang ianya boleh dilihat menggunakan Mikroskop,sama ada
lubang itu tembus atau tidak.Kalau kulit haiwan lubang tembus hingga ke
dalam.

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on November 30, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: