McDonald’s nafi guna bahan ada unsur babi

mc dKuala Lumpur: McDonald’s Malaysia menafikan rangkaian restoran itu di negara ini menggunakan bahan berasaskan babi dalam produknya dan menyifatkan ia khabar angin yang sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab.Jurucakap syarikat berkenaan, berkata semua produk yang dijual di rangkaian restoran makanan segera itu dijamin halal sepenuhnya dan mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah makanan jualannya bersama sos yang diimport, memenuhi standard dan kualiti keselamatan makanan yang tinggi
Ikut panduan

“Pelanggan kami boleh menikmati hidangan tanpa ragu-ragu kerana ia diperoleh dan disediakan mengikut garis panduan kerajaan serta pihak berkuasa berkaitan,” katanya kepada BH, semalam.

Isu sijil halal McDonald’s kembali menjadi sebutan berikutan e-mel didakwa dikeluarkan Muslim Judicial Council (MJC) dan IQSA menerusi laman sosialnya.
Ia mendakwa MJC dan IQSA menarik balik pengesahan halal daripada McDonald’s selepas menerima maklumat kewujudan bahan berasaskan babi, dikenali LM10 dalam sos mayonis yang digunakan.

Ia juga mendakwa kononnya, pengurusan McDonald’s di Afrika Selatan mengesahkan semua ramuan membuat sos McDonald’s diimport dari Amerika Syarikat, sekali gus menasihatkan pengguna Islam menghentikan pengambilan makanan dari restoran itu.

Jurucakap itu berkata, orang ramai boleh menyemak status halal produk McDonald’s di negara ini dengan melayari www.halal.gov.my.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/McDonald__8217_snafigunabahanadaunsurbabi/Article/
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/09/13/Our-food-is-halal-says-McDonalds.aspx

Juga penjelasan Rasmi dari McDonald’s Malaysia di laman web
http://www.mcdonalds.com.my/

Gunakan Direktori Halal untuk menyemak status Halal Premis/Produk & Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf.
www.halal.gov.my

Senarai Cawangan McDonalds yang diiktiraf oleh JAKIM

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on September 17, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: