Pembatalan Pengiktirafan Halal dari Badan Islam Australia

Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk membatalkan pengiktirafan terhadap dua Badan Islam Luar Negara di Australia iaitu Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC) dan Australian Halal Food Services (AHFS) berkuatkuasa pada 15 Julai 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

Bagi produk-produk import berasaskan haiwan dan bukan berasaskan haiwan yang dipersijilkan halal oleh Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC) dan Australian Halal Food Services (AHFS) sebelum atau pada 15 Julai 2013, sijil halal tersebut adalah diterimapakai oleh JAKIM sehingga tarikh tamat sijil.

Manakala bagi produk sedia ada di Malaysia, sijil halal tersebut diterima pakai untuk tujuan penghabisan stok. Pembelian baru oleh pihak syarikat selepas 15 Julai 2013, hendaklah disertai dengan sijil halal daripada Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf di Australia.

Sekian Terima Kasih

 

*Sumber: http://www.halal.gov.my

 

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on September 17, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: