Piagam Pelanggan bagi Permohonan Sijil Halal Malaysia

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai badan pensijilan halal yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan pensijilan halal Malaysia bagi permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia seperti berikut:-

BIL. PERKARA KATEGORI TEMPOH MASA/KELULUSAN TERMA DAN SYARAT
1 PERMOHONAN BAHARU

(Pemohon kali pertama)

Produk

Premis

Rumah Sembelih

Logistik

30 hari bekerja selepas bayaran yuran 1) Hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di  http://www.halal.gov.my

2) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh lima hari bekerja selepas penghantaran borang

3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja

4) Tiada notis ketidakakuran (non-comformance) semasa audit lapangan dijalankan.

2 TAMBAH PRODUK/MENU

(produk/menu baharu menggunakan bahan ramuan baharu

Produk

Premis

30 hari bekerja selepas bayaran yuran -SDA-
3 PEMBAHARUAN

(dengan perubahan nama produk/menu atau  bahan ramuan atau pengeluar)

Produk

Premis

Logistik

30 hari bekerja selepas bayaran yuran -SDA-
4 KONTRAK PENGELUARAN (OEM)

(bagi produk sedia ada yang telah disahkan halal)

Produk Tujuh(7) hari bekerja selepas bayaran yuran 1) Terbuka kepada pengilang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia sahaja.

2) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

3) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh lima hari bekerja selepas penghantaran borang

4) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja

5 TAMBAH PRODUK/ MENU

(menggunakan bahan ramuan sedia ada yang telah disahkan halal)

Produk

Premis

Tujuh(7) hari bekerja selepas bayaran yuran 1)Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

2) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh lima hari bekerja selepas penghantaran borang

3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja

4) Produk/Menu dihasilkan menggunakan ramuan sedia ada yang telah disahkan halal

5) Bagi premis, permohonan terbuka kepada premis yang mempunyai Dapur Utama dan Outlet makanan yang telah disahkan halal sahaja

6 PEMBAHARUAN

(tanpa sebarang pindaan nama produk/menu atau bahan ramuan atau pembekal)

Produk

Premis

Logistik

Satu(1) hari bekerja selepas bayaran yuran 1) Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap secara online di www.halal.gov.my

2) Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh lima hari bekerja selepas penghantaran borang

3) Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja

4) Pemohon hendaklah melampirkan Surat Aku Janji sebagai bukti.

5) Bagi premis, permohonan terbuka kepada premis yang mempunyai Dapur Utama dan Outlet makanan yang telah disahkan halal sahaja

6) Pemohon hendaklah mempunyai rekod pensijilan halal yang baik

7 PINDAAN SIJIL Produk

Premis

RumahSembelih

Logistik

Satu(1) hari bekerja selepas bayaran yuran 1)Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan secara rasmi

2)Yuran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari

3)Dokumen sokongan berikut hendaklah dikemukakan:

a) Pindaan nama produk

-Salinan asal Sijil Pengesahan Halal Malaysia

b) Pertukaran nama syarikat tanpa melibatkan pertukaran alamat atau  nama produk

-Salinan asal Sijil Pengesahan Halal Malaysia

-Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat

-Salinan lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan

c) Sijil hilang/rosak

-Salinan laporan polis

-Salinan sijil asal (jika ada)

8 PENGELUARAN SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA  Produk

Premis

Rumah Sembelih

Logistik

Lima (5) hari bekerja selepas keputusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Jakim  

Tempoh pelaksanaan percubaan bagi Piagam Pelanggan baharu ini bermula pada 1 Jun hingga 31 Disember 2011. Semua pihak dipohon memberikan kerjasama sewajarnya kepada Bahagian Hab Halal JAKIM bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih.

About FahmieSabri

Lecturer at Politeknik Merlimau Melaka, Tourism & Hospitality Department

Posted on April 14, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: