Monthly Archives: May 2017

RAHSIA MAGNET REZEKI

Doa langsaikan hutang

 

Sudah tentu semua orang mengimpikan nikmat rezeki hidup yang tenang bahagia, memiliki harta yang banyak, kesihatan yang baik dan mempunyai kebebasan kewangan tanpa perlu terikat dengan mana-mana majikan kerana boleh cipta peluang yang menguntungkan baik melalui perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Itulah yang kami alami selama ini telah dianugerahkan ALLAH perniagaan yang diberkati, malah hutang personal maupun kesemua kereta pun sudah habis bayar, bahkan datang rezeki tak disangka-sangka termasuklah ditaja percuma pakej umrah eksklusif oleh pelanggan kami yang baik hati.

Semua ini ada amalannya untuk menarik rezeki yang melimpah dan berkat.

Yang penting anda perlu tahu apakah perkara² yang menyebabkan pintu rezeki tertutup. Ini penting supaya kita dapat ‘membuka’ kembali pintu dengan amalan-amalan menjemput rezeki berpandukan al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Usah biarkan pintu rezeki terkunci tutup rapat, sebaliknya ia perlu dibuka dengan amalan yang betul, sahih dan berpandukan nas dalil al-Quran maupun hadis.

Dalam masa yang sama kita perlu mengurus kewangan dengan penuh amanah, tidak boleh membazir kerana itu adalah sifat bukan orang mukmin. Di dalam ebook Magnet Rezeki kami bongkarkan satu sistem mengurus kewangan percuma untuk perniagaan dan juga peribadi. Pelbagai tips terbaik untuk strategy pairing kewangan yang julung kali kami muatkan di dalam ebook ini supaya memudahkan anda melangsaikan hutang dengan lebih pantas.

Semua ilmu-ilmu terbaik magnet rezeki ini kami telah himpunkan untuk anda sekaligus dapat dimanfaatkan dalam kehidupan. Ebook bermukasurat 150 padat dan bernas ini mudah dibaca bersama dengan pelbagai isi kandungan yang berwarna, bergrafik dan ayat-ayat doa yang jelas sumbernya. Inilah khazanah emas hidup yang melimpah ruah untuk dimiliki :

KLIK MAGNET REZEKI

 

Advertisements

HUSNU ZHON

Di sinilah rahsia terbesar yang kita perlu sama-sama amalkan berdasarkan sumber yang sahih agar hidup semakin lapang, rezeki bertambah berkat, nikmat Allah semakin berlipatganda dan mengecapi ketenangan kebahagiaan serta kedamaian hati yang terpatri taqwa padaNya. Salah satu sifat taqwa yang dimaksudkan adalah mempunyai husnuz zhon atau sangkaan yang baik terhadap ALLAH Ta’ala seperti dalam hadis :

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan sangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih)

Apakah maksud sangkaan di sini ? Apa kaitannya dengan rezeki ? Maka kita selami pendapat ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah akan memberi keampunan jika hambaNya meminta keampunan. Allah akan menerima taubat jika hambaNya bertaubat. Allah akan beri rezeki jika hambaNya meminta rezeki. Allah akan mengabulkan doa jika hambaNya meminta.

Jadi apa yang penting sebenarnya adalah kita bersangka baik dengan ALLAH dalam setiap saat kehidupan, berhenti mengeluh, mengungkit, komplen, menyalahkan takdir atau orang lain sebaliknya ‘mengisi’ hati jiwa kita dengan husnuz zhon yang terang benderang dalam meraih rahmat ALLAH Ta’ala.

Bila hati dan jiwa penuh dengan Cahaya ini, maka doa akan menjadi sebenarnya doa, istighfar sebenar-benarnya istighfar, sujud sebenar-benarnya sujud, sedeqah sebenar-benarnya sedeqah dan iman taqwa itulah yang sebenar-benarnya diterima di sisi ALLAH. Sangkaan husnuz zhon inilah sebagai bukti kita tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH walaupun ditimpa bala bencana musibah yang dahsyat segetir ujian api marak membakar itu tidak mampu mencederakan Nabi Ibrahim as, malah sang gergasi ikan paus yang besar menelan Nabi Yunus as masih tetap terselamat dan seteruk musibah penyakit Nabi Ayub as berbelas tahun lamanya akhirnya sembuh pulih dengan kuasa ALLAH.

Jadi apakah yang menghalang kita bersangka baik dengan kuasa ALLAH Yang Tak Terbatas ini ?

Sedangkan DIA lah yang mencipta sekalian alam ini dan memberi rezeki kepada makhlukNya baik yang mukmin maupun yang kafir. Jadi berdoalah kepada ALLAH dengan sangkaan yang terbaik, kerana doa adalah senjata ampuh bagi para mukmin.

Firman Allah :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al Baqarah : 186)

Moga kita dapat menghayati segenap kekuasaanNya yang tiada batas ini untuk berdoa pada ALLAH yang terbaik dalam hidup, berdoa sepenuh hati agar dikurniakan rezeki yang berkat supaya dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan, berdoa untuk Ummat ini agar dapat hidayah petunjuk terbaik dan dielakkan daripada ditimpa bala musibah yang berat. Semoga dengan husnuz zhon dalam doa kita disulami keindahan taqwa sebegini akan dipermudahkan dalam meraih rahmat dan kasih sayang ALLAH.

Download link di bawah untuk lebih penerangan berkenaan Husnu Zhon

Rahsia Magnet Rezeki