Aliran Kerja Proses Permohonan Sijil Halal Malaysia

PDF Cetak emel
  1. Daftar on-line – wujudkan ID dan katalaluan.
  2. Sahkan akaun -24jam @ 1 hari.
  3. Penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan online anda dihantar.
  4. Setelah dokumen diterima, status permohonan akan bertukar kepada menunggu dokumen lengkap.
  5. Semakan – jika dokumen lengkap, permohonan boleh diproses dalam tempoh 1-5 hari bekerja mengikut jumlah produk/menu/premis. Surat caj akan dikeluarkan. Jika dokumen tidak lengkap, status akan bertukar kepada tidak lengkap dan pihak pemohon perlu menghantar pembetulan atau maklumbalas dalam tempoh 5 hari bekerja.
  6. Caj pemprosesan perlu dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja.
  7. Resit akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari selepas diterima.
  8. Status akan bertukar ke proses audit. Audit akan dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas bayaran diterima.
  9. Proses kelulusan mengikut tarikh Mesyuarat Panel Pensijiilan dijalankan.
  10. Jika diluluskan sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja. Jika gagal, pihak pemohon akan dimaklumkan melalui surat rasmi.
pic_030
Advertisements

Prosedur Tambahan Bagi Perubahan terhadap Permohonan dan Penambahan

Semua perubahan yang berlaku bagi maklumat pensijilan yang melibatkan pemohon termasuk perubahan pada syarikat dan produk hendaklah dikendalikan mengikut prosedur :

A) Perubahan Nama dan Alamat Syarikat Tanpa Melibatkan Perpindahan Kilang

Pemohon hendaklah memaklumkan kepada JAKIM / JAIN secara bertulis dengan mengembalikan Sijil Halal Malaysia dan mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang disahkan. JAKIM / JAIN boleh mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal yang baru mengikut perubahan tersebut setelah mendapat kelulusan Panel Pengesahan Halal.

B) Perpindahan Kilang (Termasuk Pertukaran Sub-Kontrak)

pic_006Sekiranya berlaku perpindahan kilang, Sijil Halal Malaysia terbatal dengan sendirinya dan Sijil Halal asal hendaklah dikembalikan kepada JAKIM / JAIN. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan semula dengan menggunakan maklumat kilang yang baru. JAKIM / JAIN akan memproses semula permohonan Sijil Halal.

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa yang terpaksa sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Kadar Caj Perkhidmatan Bagi Permohonan Sijil Halal

Bagi Industri yang berminat untuk memohon pensijilan halal malaysia, terdapat kadar caj perkhidmatan yang dikenakan mengikut jenis dan kategori Industri.

 

Kadar caj perkhidmatan adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada perubahan:

Kategori Industri / Kilang / Produk:

pic_006

  • Industri Kecil;
  • Industri Kecil dan Sederhana; dan
  • Multinasional.

Kategori Premis Makanan:

pic_006

  • Restoran; dan
  • Hotel.

Kategori Rumah Sembelih:

pic_006

  • Saiz kecil;
  • Saiz sederhana; dan
  • Saiz besar.

Segala kos yang melibatkan kajian atau ujian makmal tentang status bahan ramuan produk ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemohon atau syarikat berkenaan.

pic_006Ujian makmal hendaklah dibuat di mana-mana makmal kerajaan atau swasta yang diiktiraf.

Senarai kadar caj (bagi tempoh satu tahun) yang dikenakan kepada pemohon berdasarkan kategori-kategori di atas adalah seperti berikut:

Jadual 1: Kadar Caj Bagi Industri Pengeluar Produk

Industri Kadar (RM)
Industri Kecil 100.00 /tahun
Industri Kecil & Sederhana (IKS) 400.00/tahun
Industri Multinasional 700.00/tahun

Jadual 2 : Ciri-ciri Industri

Industri Ciri-Ciri
Industri Kecil – Nilai jualan tahunan  RM 500,000
– pekerja 50 orang
– Contoh: Industri kampung
Industri Kecil & Sederhana (IKS) – nilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM 25 juta
– pekerja 150 orang
Industri Multinasional – secara global & mempunyai rangkaian di beberapa negara
– nilai jualan tahunan RM 25 juta
– pekerja lebih 150 orang

Jadual 3: Saiz Premis Rumah Sembelih

Saiz Premis Ciri-ciri
Kecil -Bil. Ayam (dan/atau sejenisnya)/ hari (< 3,000)
-Bil. Kambing (dan/atau sejenisnya)/ hari (< 500)
-Bil. Lembu (dan/atau sejenisnya)/ hari (< 50)
Sederhana -Bil. Ayam (dan/atau sejenisnya)/ hari (3,000 – 10,000)
-Bil. Kambing (dan/atau sejenisnya)/ hari (500 – 700)
-Bil. Lembu (dan/atau sejenisnya)/ hari (50 – 100)
Besar -Bil. Ayam (dan/atau sejenisnya)/ hari (> 10,000)
-Bil. Kambing (dan/atau sejenisnya)/ hari (> 700)
-Bil. Lembu (dan/atau sejenisnya)/ hari (> 100)

Jadual 4: Kadar Caj Rumah Sembelih

Premis Kadar (RM)
Kecil 100
Sederhana 400
Besar 700

Jadual 5: Kadar Caj Premis Makanan / Restoran / Katering dan Hotel

Premis Makanan / Restoran / Katering Hotel Kadar (RM)
setiap satu unit premis 100
setiap satu unit dapur (kitchen) – bagi hotel 100
setiap satu unit restoran – bagi hotel 100

Bayaran pensijilan halal yang dikenakan adalah untuk tempoh dua (2) tahun. Kelewatan membuat bayaran akan mempengaruhi proses lawatan pemeriksaan Halal yang akan dijalankan ke atas kilang/ premis makanan/ rumah sembelih.

Bayaran akan dikenakan bagi setiap permohonan pembaharuan.

Permohonan bagi produk tambahan selepas Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan akan dikenakan bayaran seperti Perkara 5.4.

Surat kadar caj perkhidmatan mengandungi perkara-perkara berikut:

  • jumlah bayaran;
  • bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos (postal order) atau kiriman wang (money order)bank draf sahaja; atau
  • dibuat atas nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri (mana yang berkenaan);
  • bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

Prosuder Permohonan Sijil Halal Malaysia

Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:

pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);
pengedar/penjual (distributor/ trader);
pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);
pembungkusan semula (repacking);
premis makanan (food premise); dan
rumah sembelih (abattoir/slaughter house).

Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online.

Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.

Pemohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berikut:

Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;
Produk yang tidak halal;
Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan;
Ubat-ubatan atau produk yanng dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ;
Pewarna rambut (hair color / hair dye);
Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;
Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh dan sebagainya;
Baja dan makanan binatang;

Pemohon perlu mengisi borang yang bersesuaian :

Produk / Barangan Gunaan
Premis Makanan
Rumah Sembelih

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:

Profil syarikat;
Pendaftaran syarikat/perniagaan;
Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;
Bahan ramuan yang digunakan;
Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;
Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);
Jenis bahan pembungkusan;
Proses dan prosedur pengeluaran;
Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada); dan
Peta lokasi premis / kilang.

Pemohon hendaklah menyediakan fail khas “Sijil Pengesahan Halal” untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

PENARIKAN BALIK PENGIKTIRAFAN BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA

Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas tiga buah(3) Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di negara China, New Zealand dan United Kingdom seperti berikut:

Islamic Association Of Henan (China);

NZ Islamic Meat Management & NZ Islamic Processed Foods Management (New Zealand)
Halal Food Authority (United Kingdom)

Penarikan balik pengiktirafan ini adalah BERKUATKUASA MULAI 6 FEBRUARI 2014. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang http://www.halal.gov.my.

Namun begitu, sijil dan logo halal bagi produk import yang telah mendapat pengesahan daripada badan pensijilan yang berkenaan masih diterima pakai sehingga tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepada ketetapan berikut:

Produk yang disahkan SEBELUM ATAU PADA 6 FEBRUARI 2014, yang telah berada di Malaysia; Produk yang disahkan SEBELUM ATAU PADA 6 FEBRUARI 2014, yang dalam perjalanan ke Malaysia; dan Produk yang masih dalam perjanjian untuk dieskport ke Malaysia tetapi pengiriman produk @ konsainan yang belum dihantar (termasuk produk yang belum dikilangkan),adalah diterima dengan syarat-syarat berikut :

a)Produk berkenaan adalah termasuk dalam senarai pengesahan halal badan berkenaan yang masih dalam tempoh sahlaku sijil ;

b)Perjanjian dibuat sebelum 6 Februari 2014;

c)Perjanjian masih sah (rujuk kepada tarikh tamat perjanjian dan tarikh tamat sijil);

d)Setiap produk@konsainan mestilah disertai dengan: – salinan sijil halal terbaru daripada badan pensijilan baru yang diiktiraf oleh JAKIM; atau – surat-menyurat di antara pengilang dan badan pensijilan baru yang diiktiraf (menunjukkan bahawa pengilang tersebut telah membuat permohonan dengan badan pensijilan yang baru) ;

dan e)Badan pensijilan tersebut perlu menghantar surat makluman kepada JAKIM yang menyatakan bahawa mereka dalam proses membuat pensijilan pada kilang berkenaan. Perkara (i) hingga (iii) adalah diterima oleh pihak JAKIM sehingga tarikh tamat sijil, atau sijil daripada badan pensijilan yang baru dikeluarkan atau mana-mana yang terdahulu.

Bagi perjanjian baru selepas 6 Februari 2014, hanya sijil halal daripada Badan Pensijilan yang baru sahaja akan diterima. Manakala produk sedia ada di Malaysia yang masih terdapat logo halal badan yang telah ditarikbalik pengiktirafannya pada pembungkusan produk ,masih boleh diguna pakai sehingga stok berkenaan habis.

SISTEM JAMINAN HALAL (HALAL ASSURANCE SYSTEM)

Adalah dimaklumkan bahawa, bermula 1 Julai 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori Multinasional untuk melaksanakan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance Management System) sebelum membuat permohonan pengesahan halal. Manakala, bagi permohonan sediaada dalam kategori berkenaan, diberi tempoh sehingga 31 Disember 2013 untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tersebut.Bersama-sama ini disertakan Prosedur Tindakan Industri Sebelum Memohon Pensijilan Halal Malaysia seperti di link bawah

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/303-prosedur-tindakan-industri-sistem-jaminan-halal

PEMBATALAN PENGIKTIRAFAN 2 BADAN ISLAM LUAR NEGARA

Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas dua (2) Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di Australia seperti berikut:

 

1.Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC); dan

2.Australian Halal Food Services (AHFS) 

 

PENARIKAN BALIK pengiktirafan ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Julai 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawangwww.halal.gov.my.

 

Sehubungan itu, bagi produk-produk import berasaskan haiwan dan bukan berasaskan haiwan yang telah mendapat pengesahan halal daripada badan pensijilan halal berkenaan sebelum atau pada 15 Julai 2013, Sijil Halal tersebut adalah diterimapakai oleh JAKIM sehingga tarikh tamat sijil.

 

Manakala bagi produk sedia ada di Malaysia, sijil halal tersebut hanya diterima pakai untuk tujuan penghabisan stok. Bagi pembelian stok baru selepas 15 Julai 2013, ianya hendaklah disertai dengan sijil halal daripada Badan Pensijilan Halal Yang Diiktiraf oleh Jakim di Australia.

 

 

PENAFIAN JAKIM BERHUBUNG ISU-ISU HALAL DI LAMAN SOSIAL

Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:

  • McDonald’s
  • Secret Recipe
  • The Chicken Rice Shop (TCRS)
  • Starbucks

Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.

JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di nadiazammil@islam.gov.my.

HALFEST 2-6 OKTOBER 2013

HALAL by Liew Seng Tat