PENYERAGAMAN & PENAMBAHBAIKAN PEMFAILAN DOKUMEN PERMOHONAN HALAL YANG DI HANTAR OLEH INDUSTRI

BILA ORANG ISLAM MAKAN BABI!

KREDIT KEPADA : MTAS PRODUCTION

ADUAN VIRAL BERKENAAN PENGGUNAAN DAGING BABI DALAM MAKANAN MEE KARI DI PREMIS OLDTOWN WHITE COFFEE

12 November 2020 (Khamis)| KAJANG – Satu pemeriksaan telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa Pejabat KPDNHEP Selangor Cawangan Kajang di OLDTOWN WHITE COFFEE, METRO POINT KAJANG. Berkenaan aduan penggunaan daging ‘ babi ‘ dalam makanan mee kari. Hasil pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan mendapati, premis OLDTOWN WHITE COFFEE mempunyai sijil halal keatas semua bahan makanan yang digunakan dalam masakan. Sijil halal tersebut sah digunapakai sehingga 15 Februari 2022. Untuk makluman, pihak OLDTOWN WHITE COFFEE tidak ada menggunakan bahan iaitu ‘daging’ dalam apa-apa masakan yang terdapat dalam menu makanan yang dijual. Bagi aduan berkenaan daging ‘babi’, pihak OLDTOWN WHITE COFFEE hanya menggunakan BBQ CHICKEN dalam masakan mee kari tersebut.Berikut disertakan gambar-gambar sewaktu pemeriksaan dilakukan.

Sumber: Unit Media | KPDNHEP Selangor

untuk gambar boleh rujuk : https://www.facebook.com/389013031461215/posts/1282686962093813/?refid=52

Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia Bilangan 2 Tahun 2020

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, Sistem Pengurusan Halal Malaysia dan Malaysian Standard 2019 diwujudkan bagi menambah baik keperluan, syarat dan standard berkaitan Pensijilan Halal Malaysia yang sedia ada serta memudahkan pihak berkuasa berwibawa dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk semakan dan rujukan.

Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 akan menggantikan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014 bagi keperluan berkaitan Sijil Pensijilan Halal Malaysia kategori domestik. Ia juga terpakai bagi kategori pengilangan luar negara sehingga Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Antarabangsa) disediakan dan diterbitkan.

Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2020 akan menggantikan Guideline for Halal Assurance Management System dan menjadi rujukan berkaitan dengan kawalan halal dalaman bagi pensijilan halal Malaysia domestik dan antarabangsa.

Bagi keperluan sembelihan, MS 1500 : 2009 hendaklah terus terpakai dan menjadi rujukan sehingga Malaysian Standard Khusus berkaitan dengan sembelihan disediakan dan diterbitkan.

Ketiga-tiga dokumen tersebut hendaklah menjadi panduan dan rujukan penyedia latihan halal berdaftar di bawah Halal Professional Board (HPB) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi program latihan halal yang dianjurkan.

▶️Untuk maklumat lanjut layari:

JAKIM/JAIN TERIMA DOKUMEN DALAM BENTUK HARD COPY BERMULA 29 JUN 2020

TIPS SEBELUM MOHON SIJIL HALAL

  • Layari http://www.halal.gov.my untuk muat-turun Manual Prosedur Pensijilan Halal.
  • Baca dan fahami semua keperluan permohonan Halal.
  • Rancang pelan permohonan anda, termasuk fi pensijilan, kos-kos pematuhan, timeline, checklist dan lain-lain.
  • Jika masih ragu-ragu, sertai kursus-kursus atau latihan berkaitan Halal atau rujuk terus kepada kaunter Bahagian Halal samaada di JAKIM atau negeri-negeri.
  • Jangan gunakan logo Halal atau apa-apa ungkapan/tulisan “Halal” tanpa sijil Halal.

Selaras dengan  Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 7 Jun yang lalu, Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM memutuskan bahawa permohonan pensijilan halal hanya akan diterima dalam bentuk hard copy berkuatkuasa pada 29 Jun 2020. 

Sehubungan dengan itu, dokumen permohonan hendaklah dihantar secara serahan tangan atau perkhidmatan penghantaran kurier ke kaunter Seksyen Proses, BPH. 

❇️Alamat penuh:-

Kaunter Utama, Aras 6, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No. 3 Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya

🔷Caj pensijilan pula hendaklah dibayar dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. 

👨🏼‍💻🧕🏻Waktu operasi kaunter Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM adalah seperti berikut: 

✳️ Isnin – Khamis:

8.30 pagi – 12.30 tengahari

2.00 petang – 4.30 petang

✳️ Jumaat    :

8.30 pagi – 12.00 tengahari
2.45 petang – 4.30 petang

👮🏻‍♂️Patuhi jua SOP berurusan di kaunter iaitu:-

▶️ Pakai 😷
▶️ Guna 🖐🏼 sanitizer 
▶️ Elakkan bersentuhan atau 🤝🏾
▶️ Penjarakan sosial sekurang-kurangnnya 1 meter. 

‼️‼️ Perhatian‼️‼️

🔮Bagi permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang diuruskan oleh JAIN/MAIN, boleh berhubung terus dengan mereka. Untuk info lanjut, klik pautan berikut:-

#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingTheWorld
#StayAtHome
#Musa’adahCovid19
#AgainstCovid19

MAKLUMAN TERKINI

Pelaksanaan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-19

Pelaksanaan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sepanjang Tempoh Pandemik Covid-1

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini memasuki fasa selanjutnya untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Secara langsung, ia memberi kesan kepada kelancaran proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang menjadi keperluan kepada penggiat industri untuk meningkatkan keyakinan pengguna.

Justeru, mengambil kira perkembangan, pandangan serta situasi yang melanda dunia global maka JAKIM dan JAIN/MAIN telah membangunkan prosedur khusus bagi membolehkan operasi permohonan SPHM berjalan lancar seperti berikut :

Proses Permohonan

Pemohon membuat dan menghantar permohonan secara online;

Dokumen sokongan bagi permohonan yang telah dihantar hendaklah die-melkan kepada seksyenproses@gmail.com;

Dokumen sokongan yang perlu dihantar adalah berdasarkan skim sebagaimana yang dinyatakan dalam sistem MYeHALAL kecuali:-

a. SSM (tidak termasuk syarikat yang pertama kali memohon);

b. Penyata Kewangan syarikat (tidak termasuk pusat konvensyen/katering/dapur hospital & syarikat yang pertama kali memohon);

c. Salinan sijil bahan mentah/ramuan yang dipersijilkan halal oleh JAKIM atau JAIN/MAIN;

Pemohon hendaklah menghantar surat akujanji yang menyatakan bahawa kesemua maklumat adalah benar dan telah disemak serta status bahan mentah/ramuan tidak meragukan; dan

Dokumen sokongan hardcopy bagi permohonan yang telah selesai diproses dalam tempoh PKP hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tempoh PKP tamat.

Bagi permohonan yang diuruskan selain JAKIM, sila hubungi JAIN/MAIN yang terlibat. Rujuk info lanjut berkaitan Bahagian Pengurusan Halal Negeri-negeri di Malaysia melalui Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=742138769278732&ref=page_internal

Pembayaran Fi

Pengeluaran surat caj melalui sistem MYeHALAL;

Semakan status bayaran fi melalui sistem MYeHALAL;

Penyediaan Bank Deraf atau Kiriman Wang Pos;

Bank Deraf atau Kiriman Wang Pos hendaklah dihantar ke alamat:-

Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM,
Aras Bawah Blok B, Kompleks Islam Putrajaya,
No. 3, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3,
62100, Putrajaya
(U.P : Puan Norhafizah binti Ahmad)

Pemakluman status bayaran kepada BPH JAKIM hendaklah dihantar melalui e-mel hafizah@islam.gov.my

(sertakan gambar salinan Bank Deraf atau Kiriman Wang Pos yang diambil dan tracking number postage sebagai bukti penghantaran).

Pengauditan Lapangan

Permohonan Baharu (permohonan kali pertama, penambahan premis/outlet) dan permohonan skim Rumah Sembelih akan melalui peringkat pengauditan lapangan setelah tamat tempoh PKP (akan dimaklumkan dari semasa ke semasa).

Pengeluaran SPHM

Permohonan Nota Konsainan boleh dikemukakan seperti biasa melalui e-mel consignhalal.jakim@gmail.com dan ia akan dihantar melalui e-mel kepada pemohon;

Sebarang urusan berkaitan pasca pensijilan boleh dihantar melalui e-mel rashidah@islam.gov.my, hasmuna@islam.gov.my dan izan@islam.gov.my;

Surat makluman keputusan permohonan akan dihantar melalui e-mel sepanjang pandemik Covid-19; dan

SPHM hanya akan dikeluarkan setelah tempoh PKP tamat.

Bagi permohonan yang diuruskan selain JAKIM, sila hubungi JAIN/MAIN yang terlibat.

Nota : Pelaksanaan prosedur ini adalah bersifat sementara sehingga dimaklumkan kelak oleh JAKIM dan JAIN/MAIN.

Muat turun infografik pelaksanaan prosedur pensijilan halal Malaysia sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 di:-

https://drive.google.com/file/d/1OW_L6cbob3l-YeELPBmcPV1N_zrbfm1l/view?usp=drivesdk

Terima kasih.

“Yakini Halal Malaysia”

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
� pr_halal.islam@1govuc.gov.my
� 03-8892 5000/1
05 Ramadhan 1441H
28 April 2020 M

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#TakPastiJanganKongsi
#TakPastiRujukAutoriti
#StayAtHome
#AgainstCovid19
#MusaadahCovid19

 

Panduan Sifir Beserta Video Untuk Anak Tahun 4

photo_2020-04-27_10-16-27

 

Ada anak tahun 4 tapi belum kuasai Pecahan, Perpuluhan dan Peratus? Belum hafal sifir? Itu sangat bahaya.

Sifir adalah JANTUNG Matematik dan PECAHAN ialah IBU SEGALA TOPIK. Saya syorkan kalian pastikan anak-anak kuasai sifir dan pecahan dalam tempoh PKP ni.

Ebook yang paling sesuai dengan mereka ialah Ebook Sifirlicious (9 teknik kuasai sifir) dan Modul Pantas Matematik (11 sib topik kuasai pecahan).

Belian kombo cuma RM120. Klik di sini :

https://modulmatematik.onpay.my/order/form/bp002/FahmiSabri

Beli Modul Pantas Matematik sahaja RM80 di sini :

https://modulmatematik.onpay.my/order/form/mm001/FahmiSabri

Beli Ebook Sifirlicious sahaja di sini :

https://modulmatematik.onpay.my/order/form/bp002/FahmiSabri

Semua modul akan diemelkan. Ianya berbentuk softcopy lengkap dengan modul latih tubi dan juga video pengajaran dari saya.

Okey semua, pastikan dalam PKP ni anak-anak kuasai 2 benda penting ini ya. 😊

🚗🚗Follow Telegram: t.me/mudahnyamath

KOMBO BUAH KURMA

DIRECT: KOMBO KURMA

Nak masuk bulan puasa dah ni mesti ramai yang cari kurma. Kurma pun kalau boleh tu mesti nak yang sedap-sedap kan?

Tak payah lagi pening-pening nak pergi cari di kedai. Beli dengan kami sahaja. Biar kami yang bantu kurier sampai ke rumah anda.

Ha inilah dia set kurma yang perlu ada sebagai santapan wajib di bulan puasa. Ia diimport khas dari Algeria. Dia punya rasa tu memang power.

 

Minimum pembelian bagi satu set ialah tiga unit.

  1. DEGLET SUNNAH
  1. DEGLET NOOR
  1. DEGLET NOOR SEEDLESS

RM30 Semenanjung Malaysia.

RM35 Sabah & Sarawak

Harga termasuk kos penghantaran 

Penghantaran bermula pada 7 April 2020

 

KLIK UNTUK BELIAN TERUS

Penglibatan Pihak Ketiga (Konsultan) di dalam Proses Permohonan Pensijilan Halal Malaysia

🎀Info Halal Semasa🎀

Urusan Permohonan Pensijilan Halal

Sejauhmanakah penglibatan pihak ketiga dalam urusan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dibenarkan?

Berdasarkan Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia bilangan 1 tahun 2014 :

🔷JAKIM & JAIN telah bersetuju bahawa sebarang urusan permohonan SPHM hendaklah diuruskan secara terus oleh pemohon TANPA melalui PIHAK KETIGA.

🔷Ini bertujuan supaya pemohon sendiri MEMAHAMI segala syarat, keperluan, peraturan & prosedur pensijilan halal sebelum membuat permohonan.

🔷Penggunaan pihak ketiga boleh membawa implikasi kepada permohonan tidak berjaya atau tidak diproses. JAKIM/JAIN tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul disebabkan perkara ini.

Tahukah anda❓

Khidmat nasihat pensijilan halal Malaysia adalah PERCUMA dan boleh diperoleh melalui:-

▶️Kaunter Khidmat Pelanggan/pertanyaan di Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM atau Bahagian Pengurusan Halal Negeri-negeri di Malaysia (JAIN)

▶️Panggilan telefon 03-88925000/5001 (Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM) atau melalui talian Bahagian Pengurusan Halal JAIN.

▶️Emel pr_halal@islam.gov.my atau emel ke Bahagian Pengurusan Halal JAIN.

▶️Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM (http://bit.ly/FBHABHALAL) atau Facebook Bahagian Pengurusan Halal Negeri JAIN.

▶️Pameran/Kiosk Bimbingan yang dibuka oleh JAKIM/JAIN.

▶️Rundingan JAKIM – Industri (Isu-isu semasa pensijilan halal, program-program yang melibatkan industri dan agensi pembimbing serta JAKIM seperti Round Table Discussion, lawatan, kunjung hormat dan lain-lain)

💫Untuk mengetahui senarai dan informasi Bahagian Pengurusan Halal Negeri-negeri di Malaysia, klik:-

https://m.facebook.com/pg/HabHalalJakim/photos/?tab=album&album_id=1306687236157213&ref=page_internal

#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingTheWorld
#HalalMalaysiaHaveFaithFB_IMG_1583849361128

Design a site like this with WordPress.com
Get started